Siakap Keli
Gambar Via KKM

Bertungkus-lumus Buat Persiapan Akhir, Dewan F Dengan 600 Katil Di MAEPS Serdang Sedia ‘Sambut’ Pesakit COVID-19 Mulai Malam Ini

Malaysia merekodkan sejarah baharu semalam apabila kes harian COVID-19 telah mencapai sehingga 6,075 kes dengan 6,072 kes tempatan.

Perkembangan terbaru ini sememangnya menimbulkan kerisauan dalam masyarakat terutama apabila pusat kuarantin dan ICU di hospital sudah dibanjiri dengan pesakit COVID-19.

Lebih membimbangkan, wujudnya pelbagai varian baharu yang dipercayai menular dengan sangat pantas.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memberi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dan menjaga diri sendiri agar dapat membendung jangkitan COVID-19 ini.

Menerusi perkongsian terbaru KKM di Facebook, dapat dilihat suasana di pusat kuarantin, MAEPS, Serdang yang dipenuhi pesakit-pesakit COVID-19 yang kian bertambah setiap hari.

Di samping itu, para petugas perubatan dilihat sedang bertungkus lumus berkhidmat membantu pesakit-pesakit tersebut.

Dalam satu kiriman KKM yang lain, petugas-petugas sedang sibuk membuat persiapan terakhir di Dewan F di Maeps Serdang.

Dewan itu dipercayai menempatkan hampir 600 katil yang akan mula dibuka malam ini untuk pesakit tahap satu dan dua.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sofea

There's always another side to every story