Siakap Keli

Ramai Yang Keliru Sebab Warna, Ini 4 Bendera Yang Hampir Sama Dengan Palestin

Bendera Palestin terdiri daripada tiga jalur melintang dan satu segi tiga. Jalur pertama berwarna hitam, diikuti dengan putih dan hijau. Manakala satu segi tiga berwarna merah terletak di bahagian kiri bendera dengan bucu yang mengarah ke kanan.

Menurut Palestinian Academic Society for the Study of International Affair (PASSIA), warna-warna pada bendera Palestin mempunyai simbolik yang tertentu.

Gambar via Google

Warna merah pada bendera Palestin melambangkan negara Islam pertama yang bangkit selepas era Khalifah Uthman III.

Warna hitam merupakan simbol menuntut bela pada awal kemunculan Islam. Pada era tersebut, tentera-tentera Islam memakai serban atau penutup kepala berwarna hitam.

Warna putih pada bendera negara tersebut untuk memperingati peperangan pertama Rasulullah SAW iaitu Perang Badar, di mana warna putih digunakan sebagai warna berkabung.

Manakala warna hijau merupakan simbol ketaatan kepada Saidina Ali, sepupu Rasullah SAW yang pernah berselubung dengan selimut hijau di tempat tidur baginda dalam satu serangan.

Namun, ada beberapa bendera yang terlihat seakan-akan bendera Palestin yang mungkin buat anda keliru.

1. Sudan

Selain Arab Revolt, bendera Sudan juga berbentuk sama dengan Palestin. Tidak hanya menukar warna jalur, bendera Sudan memiliki segi tiga berwarna hijau, berbeza dengan bendera Palestin.

Manakala jalur pada bendera Sudan bermula dengan warna merah, diikuti warna putih dan hitam.

Gambar via Google

4. Jordan

Bendera Jordan bukan sahaja berbentuk sama dengan bendera negara Palestin, malah susunan warnanya juga sama. Beza antara dua bendera ini hanyalah bintang putih tujuh bucu di tengah-tengah segi tiga merah bendera Jordan.

Gambar via Google

3. Kuwait

Seperti bendera Palestin, bendera Kuwait juga mempunyai tiga jalur. Walaupun dengan susunan warna berbeza, bendera Kuwait juga terdiri dari empat warna sama seperti bendera Palestin.

Selain berbeza dari susunan warna, bendera Kuwait mempunyai bentuk trapezoid di sebelah kiri.

Gambar via Google

4. Emiriah Arab Bersatu

Bendera Emiriah Arab Bersatu juga menerapkan empat warna yang sama dengan bendera Palestin.

Walaubagaimanapun, bendera ini mempunyai susunan warna berbeza dengan bendera Palestin dengan sebuah jalur menegak di sisi kiri.

Gambar via Google

Sumber: PASSIA

Eyla Azri