Siakap Keli
Gambar Via ESA

Saiz Lebih Besar Dari Bandar New York, Iceberg Seluas 4,320 km² Dilapor ‘Terpisah’ Dari Antartika

Satu kepingan iceberg besar dilapor telah retak dan terpisah dari Antartika sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut CNN, ais gergasi itu diramal hampir 80 kali lebih besar dari saiz bandar Manhanttan di Amerika Syarikat. European Space Agency (ESA) berkata bahawa iceberg tersebut dipercayai ‘berpecah’ di bahagian barat Ronne Ice Shelf di Laut Weddell di Antartika pada Rabu lalu.

Luas permukaannya meliputi 4,320 kilometer persegi dan panjangnya 175 kilometer dengan lebar 25 kilometer. Sebagai perbandingan, luas daratan dan perairan New York City adalah 1,213 kilometer persegi sementara pulau Majorca di Sepanyol pula adalah sekitar 3,640 kilometer.

Dinamakan A-76, ia menjadi iceberg terbesar yang terapung di dunia pada ketika ini. Ia boleh dilihat menerusi imej satelit yang dirakam oleh Copernicus Sentinel-1 baru-baru ini, lapor The Guardian.

“Ini bukan kawasan yang mengalami perubahan ketara kerana pemanasan global, ia adalah sebahagian daripada kitaran semula jadi,” kata ahli glasiologi di British Antarctic Survey, Alex Brisbourne.

Ronne Ice Shelf pula dikatakan berada di dalam keadaan ‘stabil’ di mana ia mengembang setelah ‘berpisah’ dengan A-76. Menurut New Scientist, salah satu ‘acara pemisahan’ terbesar pernah berlaku pada tahun 1986 dengan iceberg seluas 11,000 kilometer persegi dan diikuti oleh yang lebih kecil pada tahun 1998, 2000 dan 2015.

Pun begitu, A-76 ini sememangnya boleh memberi kesan yang besar bergantung pada tempat ia berakhir. Ia dikatakan cukup besar untuk mempengaruhi lautan dan kemasinan laut.

Sumber: CNN, The Guardian, New Scientist

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.