Siakap Keli
Gambar Via NBC News

(Video) Para Saintis Beri Amaran, Iceberg Dipercayai Terbesar Di Dunia Dilapor Mulai Pecah

Sebuah iceberg dipercayai terbesar di dunia yang menuju Pulau Georgia Selatan di Atlantik selatan dilaporkan telah pecah menjadi tiga bahagian besar, lapor NBC News.

Iceberg yang dipanggil sebagai A68a oleh para saintis itu terlerai dari ‘rak’ ais Larsen C di Antartika pada tahun 2017.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ia telah menghampiri Pulau Georgia Selatan, wilayah luar negeri Britain yang jauh di hujung selatan Amerika hingga menimbulkan kebimbangan untuk hidupan liar pulau itu.

Para saintis bimbang  iceberg tersebut dapat masuk ke dasar laut pulau di Georgia Selatan dan mengganggu ekosistem bawah laut.

Gambar Via NBC News

Mereka juga bimbang dengan satu atau lebih iceberg yang mungkin menyekat penguin masuk ke laut untuk mencari makanan.

Penyelidik dari British Antartic Survey, Andrew Fleming, dipercayai telah menjejak A68a selama lebih dari tiga tahun dan memberitahu NBC News bahawa dua bongkah ais baharu bernama A68e dan a68F ‘dilahirkan’ pada selasa lalu.

Dua serpihan baharu iaitu masing-masing 253 dan 87 batu persegi bersama dengan A68a kini berukuran lebih dari 1.000 batu persegi, kira kira dua pertiga dari ukuran Pulau Rhode.

Fleming menjangkakan lebih banyak kerosakan ketika kedua-dua pecahan iceberg  itu semakin berpecah.

 

Sumber: NBC News, Gizmodo

Sofea

There's always another side to every story