Siakap Keli
Gambar Via Google

Lepas 100 Tahun, Tular Gambar ‘Iceberg’ Dipercayai Diambil 40 Jam Sebelum Dirempuh Kapal Titanic

Satu gambar yang memaparkan iceberg yang dipercayai menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic telah didedahkan selepas 100 tahun kejadian itu, lapor The Independent.

Gambar itu dipercayai telah dirakam oleh kapten dari sebuah kapal penumpang lain yang melalui Atlantik iaitu dua hari sebelum Titanic tenggelam.

Memetik laporan The Independent, gambar hitam putih itu telah diambil oleh W Wood semasa beliau bertugas sebagai kapten di SS Etonian pada 12 April 1912.

Kapten Wood telah mencatat nota mengenai koordinat geografi apabila dia melihat iceberg tersebut dan ia hampir sama dengan iceberg yang menyebabkan Titanic tenggelam 40 jam selepas itu.

Apabila menamatkan perjalanannya dan tiba di New York, beliau telah mencetak gambar tersebut dan menghantar kepada datuknya bersama sepucuk surat.

Gambar itu bertarikh pada tahun 1913 namun pelelong mengatakan surat kapten Wood ‘menyokong’ gambar tersebut.

“Kami melintasi lintasan ais 40 jam sebelumnya pada waktu siang sehingga ia boleh dilihat dengan jelas dan saya mengambil gambar tersebut,” katanya di dalam surat.

Gambar itu juga menyaksikan satu catatan yang ditulis dengan menggunakan dakwat hitam iaitu ‘Iceberg taken by Captain Wood SS Etonian in 41°50N 49°50W April 12th at 4pm’.

Titanic telah melanggar satu iceberg pada 14 April iaitu pada jam 10.20pm dan tenggelam beberapa jam selepas itu sehingga mengorbankan kira-kira 1, 522 nyawa.

Gambar dan surat itu kini dijual di pelelong Henry Aldridge dan Son of Devizes, Wilts dengan harga $15,000.

Sumber: The Independent

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa