Siakap Keli
Gambar Hiasan via Narcity & WGHP

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan ‘Super Flower Blood Moon’ 26 Mei Ini

Malaysia dilaporkan bakal dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan ‘Super Flower Blood Moon’ pada 26 Mei 2021 (Rabu) jam 16:47 dan akan berakhir pada 21:50 waktu Malaysia.

Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Agensi Angkasa Malaysia melalui akaun Facebook rasminya, pada tanggal 26 Mei 2021, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309km.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.

Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 dan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Jom sama-sama kita saksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari Rabu, 26 Mei 2021. Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia – MYSA

Aqmal Ezany

I write what is right