Siakap Keli
Kredit: Tribun News

Panjat Tebing 30 Meter, Budak 8 Tahun Ketuk Pintu Rumah Penduduk, Peluk Lutut Minta Tolong Kereta Masuk Gaung

“Tolong, kereta kami masuk gaung.” Inilah kata-kata seorang budak berusia 8 tahun ketika meminta bantuan penduduk kampung selepas kenderaan dinaikinya bersama keluarga terbabas.

Menurut Tribun News, kemalangan maut itu telah berlaku di Sumatera Selatan pada 23 Mei lalu sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.

Kemalangan melibatkan kenderaan dengan sembilan penumpang itu telah meragut satu nyawa, tulis portal itu.

Kata Ketua Kampung Pelawi, Asnawi, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah memanjat tebing jurang dan mengetuk pintu penduduk kampung untuk meminta bantuan.

Sebaik sahaja dibuka, kanak-kanak itu terus memeluk warga setempat sambil meminta tolong.

“Dia terus memeluk lutut penduduk di sini sambil berkata, “Tolong, tolong kereta kami masuk gaung”,” katanya.

Hasil pemantauan di lokasi kejadian mendapati terdapat pokok dan semak samun dengan tebing kedalaman kira-kira 30 meter.

“Kejadian sekitar pukul 6.30 petang. Masa hujan, ada salah seorang mangsa kanak-kanak ketuk pintu minta tolong, kereta mereka masuk gaung,” kata salah seorang penduduk.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.