Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - Bernama

Pesakit Covid-19 Larikan Diri, Pergi ‘Shopping’ Dengan Bakal Tunang – Penolong Pegawai Perubatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peningkatan kes Covid-19 di negara ini yang melepasi angka 6,000 secara berturut-turut sejak beberapa hari lalu semakin membimbangkan kerana membawa ancaman kepada kapasiti kesihatan negara yang akan berada pada tahap kritikal sekiranya kes terus bertambah.

Paling terkesan, frontliner atau petugas barisan hadapan negara yang sudah keletihan kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan pesakit baharu setiap hari dari proses saringan sehinggalah nyawa pesakit yang tak diselamatkan lagi berakhir di ruangan ICU.

Gambar sekadar hiasan – Bernama

Namun begitu, terdapat sebilangan lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran akan bahaya Covid-19 walaupun mereka telah dijangkiti. Ini mungkin disebabkan kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala seperti pesakit lain yang sudah berada di tahap akhir ketika mendapatkan rawatan awal.

Situasi ini merupakan realiti sebenar dalam masyarakat seperti kisah yang dikongsikan oleh Encik Faizul Azim, Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Pesakit yang positif bukan sahaja tidak bertanggungjawab dengan melarikan dari hospital, malah ditangkap oleh polis dan petugas KKM di Plaza Metro Kajang kerana didakwa keluar membeli-belah bersama teman wanitanya.

”Cerita semalam 22/5/2021. Pesakit positive Covid-19 larikan diri dari hospital.

Balik rumah claim kat mak doktor discaj sebab dia negatif. (Mak U/L Diabetes, HPT, DFU.)
Aku, polis, inspektor kesihatan pergi rumah, tak ada kat umah. Mak cakap pergi shopping dengan bakal tunang kat Metro Kajang. Kami terpinga-pinga. Pergi tangkap depan KFC Metro Kajang. Pesakit berumur 24 tahun. U/L Type 1 Diabetes.

Adakah beliau cuba untuk bunuh diri dan orang-orang sekitar?,” tulis Faizul.

Sumber: FB Faizul Azim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.