Siakap Keli

(Video) “Rasa Macam Ada Yang Perhati..,” Gadis Ini Terakam ‘Lembaga’ Bertegek Atas Bumbung Bangunan

Siapa yang pernah mengalami pengalaman seram di rumah atau di mana-mana saja? Mesti rasa seram sejuk kan. Ye, tambah-tambah lagi kalau berada di tempat yang gelap atau bangunan yang telah ditinggalkan lama bertahun.

Tidak dinafikan perkara mistik ini sering terjadi kerana bukan sahaja manusia yang menghuni dunia ini. Ada juga makhluk Allah yang lain turut ‘menemani’ di sekeliling, hanya kita sahaja tidak menyedarinya.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman seramnya ketika berada di dalam kereta berdekatan di sebuah bangunan yang gelap. Perkongsian ini daripada laman Tiktok milik, Dearshekyn berkata dia seperti perasan macam ada yang memerhatinya, rupanya ‘benda’ itu ada di atas bumbung bangunan tersebut.

Video yang mendapat lebih 50 ribu tanda suka ini memang menyeramkan, tambah-tambah lagi bila korang berada di rumah seorang diri, memang meramang habis.

@dearshekyn

perasan x kat atas tu ada apa 👻👻 #fyp #esekali #hantu

♬ Naz Dej Lovely – Naz Dej

Ramai yang memberi komen di video tersebut, mana taknya memang seram dan menakutkan.

“Tenang betul…”

“Kalau aku pura-pura pengsan”

“Rasa nak tidur dengan ayah malam ni…”

 

Sumber: Dearshekyn

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang