Siakap Keli
Gambar: Mirror.co.uk

Rumah Dipecah Masuk, Mangsa Tinggalkan ‘Pesanan Sedih’ Buat Perompak Untuk Pulangkan ‘Sesuatu’

Nota dari mangsa kecurian yang merayu kad memorinya dikembalikan telah membuat orang menangis setelah dikongsi dalam talian, lapor portal Mirror.

Mangsa dikatakan merayu agar dikembalikan kad memori di dalam kamera kerana mengandungi kepingan gambar berharga yang mungkin tiada nilai bagi orang lain.

Menurut sumber, pesanan nota yang memilukan itu ditampal pada tiang di luar rumah mereka dalam keadaan benar-benar terdesak dengan merayu kepada pencuri tersebut.

Jelas portal, nota itu berbunyi, Kepada lelaki yang berada di rumah saya dan merompak saya. Ambillah wang tunai, dan DSLR saya, dan apa sahaja yang anda ambil. Tetapi jika anda mempunyai kad memori dari kamera itu, di dalamnya ada gambar hari terakhir anjing saya yang masih hidup. Saya tidak berupaya menggantikan foto tersebut. Tolong ‘buang’ ke beranda atau masukkan ke dalam peti surat. Atau hantarkannya ke [alamat di Toronto, Kanada]. Tolong, dia mati beberapa hari yang lalu, saya juga tidak boleh kehilangan foto-foto itu.

Daripada mesej itu, netizen turut berasa patah hati dan ada yang memberi komen: “Saya sangat berharap mangsa mendapatkan kembali foto-foto itu. Saya juga berharap lelaki atau wanita yang merompak rumah itu terlanggar jari kelingking mereka di kaki kerusi setiap hari selagi mereka hidup.”

Ada juga yang menulis: “Kawan, berikan sajalah kad memori itu semula. Letakkan di peti surat atau di mana-mana.”

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka yang serupa, seperti yang dijelaskan oleh yang lain: “Seseorang mencuri telefon kakak saya semasa kami dalam perjalanan untuk memilih bunga bagi pengebumian ibu kami. Telefonnya mempunyai beberapa video dan gambar ibu kami yang tidak dapat diganti sehingga saya dapat katakan itu merupakan kehilangan terbesar.”

Sumber: Mirror.cok.uk

Nurul Nabila