Siakap Keli

(Video) Rasa Semut-semut, Lakukan Cara Ini Untuk Tahu Jika Ada Masalah Saraf Tersepit Pada Bahagian Tangan

Bila tertalu sibuk dan asyik membuat kerja, sesetengah orang tidak sedar bahawa saraf di dalam tubuh mereka mempunyai masalah. Mungkin jarang didengari tetapi ramai juga sebenarnya yang tanpa disedari mempunyai masalah saraf tersepit.

Menurut Mayoclinic, saraf tersepit boleh berlaku apabila terlalu banyak tekanan yang diberikan pada saraf oleh tisu di sekitarnya seperti tulang rawan, otot atau tendon. Tekanan ini akan menganggu fungsi saraf, menyebabkan rasa sakit, semut-semut dan tidak merasakan apa-apa pada bahagian itu.

Terdapat beberapa gejala yang mungkin boleh anda teliti berkaitan masalah saraf tersebut iaitu kekurangan kelemahan otot di bahagian anggota badan yang terjejas, sering merasakan bahawa kaki atau tangan seakan ‘lumpuh’ dan rasa sakit yang teramat sangat.

Masalah ini juga mungkin akan dirasakan lebih teruk ketika anda sedang tidur. Tetapi, mungkin sukar untuk menyedari mengenai saraf tersepit ini terutama di bahagian tangan.

Justeru, anda mungkin boleh memeriksanya melalui teknik yang diajarkan oleh seorang doktor dari Indonesia ini.

Menerusi perkongsiannya di Tiktok, beliau menunjukkan teknik yang sangat mudah untuk iaitu dengan melipat dan merapatkan kedua-dua tangan dalam tempoh 30 hingga 60 saat. Jika merasakan seperti semut-semut atau sakit, mungkin anda mempunyai masalah saraf tersepit.

Untuk lebih jelas, anda boleh menonton videonya di bawah ini.

@drkevinmak

Stitch / duetin video ini yuk! Saya pengen tau hasil kamu! #samasamabelajar #merdekabelajar #tiktokbonusid #kesehatan

♬ this song is brooklyn blood pop omg – anelyse

Apa yang penting, anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan kadar yang segera jika merasakan bahawa tubuh anda mempunyai tanda-tanda masalah saraf tersepit dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Sumber: Mayoclinic, Dr Kevin Mak

Sofea

There's always another side to every story