Siakap Keli

(Video) Oyen Terpaling Gangster, Dirakam Belanja ‘Penumbuk Sulung’, Sekali Kena Member Terus ‘KO’

Tak serik-serik buat ‘hal’, telatah nakal oyen sememangnya sentiasa akan mendapat perhatian. Manakan tidak, ia bukan sahaja selalu ‘mencari masalah’ dengan manusia tetapi dengan kucing yang lain juga.

Dengan wajahnya yang selamba, terkadang tindakannya tidak boleh dijangka. Seperti video yang tular di Facebook ini, oyen dilihat bagaikan tidak gentar dan tidak mempunyai sekelumit pun perasaan takut apabila berhadapan dengan ‘lawannya’.

Menerusi video itu, oyen dan kucing berwarna hitam dilihat ‘bersemuka’ sebelum kucing hitam itu ‘ditumbuk’ dengan penuh bergaya oleh si oyen.

‘Pertarungan’ yang epik itu menyaksikan seekor kucing lagi terus KO, ia terbaring kaku dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Mungkin hanya perasaan menyesal menyelubunginya.

Dengan ‘pertarungan’ itu, oyen terbukti akan sentiasa akan menjadi jaguh dan ‘abang long’ dalam kalangan kucing-kucing yang lain. Mohon ‘bertabah’ kepada sesiapa yang ada kucing oyen ini.

 

 

Sumber: Oi Meow

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.