Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) ‘Oyen’ Bijak, Ajuk Ketawa Tuannya Berkali-Kali Raih 22 Juta Tontonan Oleh Warganet Yang Terhibur

Sha Rossa

Bil disebut sahaja kucing berwarna oren atau ‘oyen’, mesti ramai yang sudah mengenali sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat hal di luar jangkaan manusia.

Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan terutamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si oyen yang membuat aksi nakal dan comel sehingga ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Kali ini, oyen berjaya pula ‘mengajuk’ ketawa tuannya dengan menyebut ‘hahaha’. Dalam tempoh 3 hari dimuat naik, video tersebut telah meraih 21.7 juta tontonan oleh warganet yang teruja melihat kebijaksanaan oyen ini. Alahai lah Oyen, bijak sungguh!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet yang teruja dan memuji kepandaian oyen. Ada yang berharap kucing mereka juga melakukan hal yang sama dan meminta ‘tips’ bagaimana lelaki ini mengajar oyen miliknya untuk ketawa!

Menakjubkan!

Bijak sangat!

Kucing aku sepatah pun tak cakap!

Selalu memang kucing oyen buat hal

Sumber: TikTok @maseplace