Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Mak Kejut Anak Bangun Solat Ada Ada Sahaja, Warganet Kongsi Pengalaman Masing Masing

solat
Kredit: Threads @_arep.s
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Bangun solat dan duit bertimbun, tak solat masuk neraka.”

Demikian pesanan seorang ibu kepada anaknya yang dikongsi seorang pengguna Threads, @ _arep.s, sehingga mencuit perhatian warganet.

Menerusi hantaran itu, Arep berkongsi mesej daripada ibunya yang dipercayai dihantar selepas dia tidak menjawab panggilan telefon wanita berkenaan.

Walaupun kedengaran tegas, pesanan itu memperlihatkan keprihatinan seorang ibu yang mahu anaknya tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat.

Perkongsian berkenaan turut mengundang pengguna lain berkongsi pengalaman masing masing ketika dikejutkan ibu bapa untuk menunaikan solat, khususnya pada waktu Subuh.

Seorang pengguna Threads, ezwanni, menceritakan pengalamannya bersama arwah ayah yang turut mempunyai cara tersendiri untuk mengejutkannya bangun solat.

Kredit: Hantaran komen muhdishlahh

Katanya, selepas dua kali dipanggil untuk bangun menunaikan solat Subuh, panggilan ketiga disusuli tindakan menyiram air sehingga basah satu katil, selain menyebut nama penuh berserta nama ibunya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, nrtkah__, berkongsi pesanan ibunya yang berbunyi, “Hang main hnset tak penat, hang nak sujud takkan ketaq kaki.”

Pesanan bersahaja itu mengingatkan anak supaya tidak menjadikan keletihan sebagai alasan untuk meninggalkan solat.

Seorang pengguna lain, noramohdnordin, turut berkongsi cara dia mengingatkan dua anak perempuannya tentang kewajipan menunaikan solat.

Katanya, dia sering mengingatkan anak anak bahawa solat merupakan kewajipan dan Allah SWT mengetahui setiap perbuatan manusia, termasuk jika seseorang hanya mengaku sudah menunaikan solat sedangkan hakikatnya tidak.

Menurutnya, peringatan itu diberikan setiap hari kerana dia mahu anak anak sentiasa mengingati tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

Dalam pada itu, snemmmmm_ berkongsi pesanan arwah ayahnya yang sering mengingatkan supaya menunaikan solat sebelum tiba masanya orang lain menyembahyangkan mereka.

Katanya, pesanan sama diulang sejak zaman bujang sehingga selepas berkahwin.

Kredit: Threads @nvvdryhh

Seorang lagi pengguna, syarahanis, pula menceritakan pengalaman dicubit ibunya ketika tidak bangun seperti yang diminta, manakala nurashikinhajimahadi berkongsi cara arwah ibunya menggunakan panggilan tidak berjawab sebagai tanda untuk memeriksa sama ada anak sudah bangun menunaikan solat.

Pelbagai pengalaman itu memperlihatkan cara ibu bapa mendidik anak berbeza beza, daripada pesanan tegas dan gurauan sehinggalah tindakan mengejutkan mereka secara langsung.

Di sebalik cara yang kadangkala mencuit hati, peringatan ibu bapa tentang solat menjadi antara bentuk keprihatinan mereka dalam mendidik anak supaya tidak melupakan kewajipan agama.

Bagi sesetengah orang, pesanan yang dahulu mungkin dianggap membebel atau menakutkan itu akhirnya menjadi kenangan berharga, lebih lebih lagi apabila insan yang sering mengingatkan sudah tiada.

Sumber:Threads
Intipati
  • Hantaran Arep mengenai pesanan ibunya supaya bangun solat mencuit perhatian pengguna Threads.
  • Beberapa warganet berkongsi cara ibu bapa mengejutkan mereka untuk solat Subuh.
  • Perkongsian itu menonjolkan keprihatinan ibu bapa mendidik anak menjaga kewajipan solat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan