Siakap Keli
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

“Mungkin Itulah Salam Terakhir Pada Keluarga,” Sempat Diajar Mengucap, Detik Hiba Pesakit COVID-19 Yang ‘Ditidurkan’

Susulan daripada penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin memburuk berlaku di Malaysia, ramai diantara kita yang kini sudah terbuka mata untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus yang boleh membawa maut ini.

Mungkin ada sesetengah yang beranggapan bahawa wabak ini merupakan satu lakonan dan agenda. Namun hakikatnya bagi para barisan hadapan dan orang-orang yang pernah melalui atau dijangkiti oleh virus ini sahaja yang tahu betapa seriusnya ancaman yang dibawa oleh makhluk yang tidak kelihatan ini.

Ekoran daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya ada berkongsikan tentang satu perkongsian menyentuh hati yang dikreditkan atas nama Shahrin Sahbudin berkenaan dengan keadaan seorang pesakit COVID-19 yang terpaksa ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian tersebut seperti berikut:

Seorang pesakit COVID yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja..mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit COVID aku. Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.

Kredit: Shahrin Sahbudin

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right