Siakap Keli

Beli Emas Habib Online, Mudah, Selamat & Terus Sampai Ke Rumah

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2021 – Penularan pandemik Covid-19 telah merubah pasaran e-dagang yang kini menerima sambutan hebat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila rata-raya rakyat Malaysia kini lebih gemar berbelanja secara dalam talian untuk membeli barangan keperluan harian terutamanya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.  Trend e-dagang mendapat tempat di hati orang ramai kerana hampir segalanya boleh didapati menerusi dalam talian tidak kira masa atau tempat anda berada. Ini juga termasuk pembelian barangan kemas yang kian menjadi pilihan pelanggan yang sanggup berbelanja besar demi keselesaan membeli belah secara dalam talian.

Pembelian barangan kemas di laman sesawang rasmi menyediakan kesemua koleksi pililhan seperti di kedai-kedai HABIB dengan keselesaan membeli belah tanpa perlu bersesak di kawasan orang ramai. Pembelian dalam talian adalah antara alternatif terbaik untuk pelanggan kerana sebab-sebab berikut:

Segalanya di hujung jari

Kini anda tidak perlu lagi bersiap-siap dan menempuhi kesesakan jalanraya semata-mata untuk mendapatkan koleksi aksesori idaman anda. Di HABIB, kami menawarkan pelbagai rekaan barangan kemas kegemaran anda dan semua pesanan boleh dibuat menerusi mana-mana platform e-dagang kami.

Selamat dan dijamin tulen

Jika dahulu, mungkin ramai orang tidak begitu yakin untuk membeli barangan secara dalam talian, namun kini sudah banyak jenama-jenama yang giat mempromosikan produk mereka di platfom e-dagang masing-masing termasuk HABIB.

Pembayaran mudah dan penghantaran segera

Kini terdapat pelbagai pilihan pembayaran digital dan pembayaran dalam talian yang tersedia seperti kad kredit, pemindahan PFX dan e-dompet. Para pelanggan tidak lagi perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli barangan kemas kesukaan mereka, tak kira emas, berlian ataupun permata idaman mereka.

Pelbagai pilihan rekaan yang ditawarkan

Umum sudah maklum bahawa pembelian dalam talian lebih memudahkan kita untuk mencari pelbagai produk dalam satu platform, tanpa perlu datang ke mana-mana lokasi kedai fizikal untuk mencari barang atau produk tertentu oleh kerana stok yang terhad. Melalui platform e-dagang HABIB, pelanggan akan menikmati pelbagai pilihan perhiasan emas, perhiasan berlian dan batu permata, jongkong emas dalam pelbagai nilai berat, dan juga batu berlian yang diperakui.

Bantuan perkhidmatan e-pelanggan

Dalam dunia digital yang tidak bersempadan ini, rata-rata jenama kini memberi tumpuan terhadap perkhidmatan pelanggan secara maya bagi kepuasan pelanggan. Kewujudan pelbagai saluran media sosial, laman web dan e-dagang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berhubung terus dengan jenama kegemaran mereka untuk mendapatkan khidmat sokongan yang mereka perlukan.

Dengan reputasi terhadap kualiti dan rekaan yang bertaraf dunia, HABIB sentiasa maju di hadapan dengan memberi servis dan perkhidmatan yang terbaik menerusi platfom e-dagang mereka untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pembelian pelanggan lebih-lebih lagi dalam norma baharu ini. Dalam keadaan negara yang kini sekali lagi berada dalam pelaksanaan PKP, HABIB memberikan jaminan yang ianya terus beroperasi seperti biasa melalui laman sesawang rasmi, Shopee, Lazada dan Zalora.

Nur Farra