Siakap Keli

(Video) ”Bang, Tolong Saya..” Redah 16 KM Naik Basikal Tengok Ayah Sakit, Mujur Jumpa ‘Rider’ Foodpanda Baik Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dah jadi amalan kebanyakan ‘rider’ penghantar makanan, kalau mereka jumpa geng-geng mereka, pasti akan bertegur sapa. Biasanya ketika sedang menunggang motosikal nak hantar pesanan, kalau terjumpa ‘rider’ lain, paling tidak pun akan bunyikan hon.

Tapi apa yang dialami oleh ‘rider’ Foodpanda bernama Yuazwan Jusoh ni memang sangat tak dijangka. Baru-baru ni dia sedang dalam perjalanan nak hantar makanan kepada pelanggan. Tiba-tiba di depannya kelihatan seorang ‘rider’ Foodpanda yang lain tengah mengayuh basikal.

Pada sangkaannya, mungkin ‘rider’ tu berbasikal menuju ke rumah pelanggan. Maka dia pun perlahankan motosikal dan menyapanya. Setelah berbual pendek, rupa-rupanya baru ‘rider’ basikal tu membuka cerita sebenar.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok itu, Yuazwan turut menulis sedikit kapsyen ringkas yang berbunyi;

“Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke Tesco?? Rupanya ada insan yang memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni..”

Hasrat nak berbual santai terhenti. ‘Rider’ yang gigih mengayuh basikal bawah panas terik ni sebenarnya tengah ‘urgent’ nak ke Hospital Selayang.

“Bang, tolong saya bawak saya pergi Hospital Selayang. Bapak saya baru masuk hospital la..abang ‘tarik’ je,” rayu ‘rider’ basikal tu.

Terkejut apa yang terucap dari bibir ‘rider’ basikal tu, serta-merta Yuazwan meletakkan kameranya ke dalam bakul motosikal, rakaman dihentikan dan terus fokus ‘menunda’ basikal tersebut sampailah ke hospital.

Taknak cerita panjang, jom ikuti video Yuazwan ini.

@yuazwanjusoh

Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke tesco?? Rupanya ada insan yg memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni..

♬ Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter

Redah 16 KM demi ayah

Gigih. Mungkin itulah istilah paling tepat boleh ditujukan kepada abang ‘rider’ basikal ni. Siapa yang tak sayang ayah kan? Tengah-tengah penat cari rezeki, dapat pula berita ayah masuk hospital.

Terus dia berkayuh laju dari Setapak ke Selayang yang jaraknya kira-kira 16 kilometer tu. Tak cukup meredah panas terik, dia gagahkan juga diri berkayuh di tepi jalan besar yang sangat berisiko sambil memikul beg Foodpanda di belakang.

Mujur Allah ‘hantarkan’ Yuazwan untuk bersapa dengannya. Syukur juga Yuazwan miliki hati, simpati dan empati yang tinggi. Difahamkan, ketika itu dia pun sedang dalam perjalanan nak hantar pesanan. Tapi bila dengar cerita ‘member’, terus dia ‘decline’ order.

Netizen pun terharu

Video Yuazwan ini tular dan mendapat maklum balas yang baik daripada netizen. Rata-rata mereka bersimpati dengan ayah ‘rider’ basikal tu, dalam masa sama memuji tindakan Yuazwan yang pantas bertindak. Jom kita baca apa kata netizen.

“Betullah Allah tu Maha Memberi Pertolongan..”

“Kau memang terbaik bro. Kau memang lejen,”

“Terima kasih jadi frontliner kami,”

“Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu..”

Alhamdulillah mereka berdua selamat sampai di hospital. Semoga ayah ‘rider’ basikal tu diberikan kesembuhan yang baik. Semoga Yuazwan dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda atas jasanya yang sanggup ‘korbankan’ order demi membantu orang dalam kesusahan.

Semoga kisah ini jadi pengajaran dan tauladan buat kita semua.

Sumber: TikTok Yuazwan Jusoh

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'