Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak-anak terluka dan sakit. Kalau boleh, ingin ‘dipindahkan’ segala rasa sakit tersebut ke dalam tubuh sendiri agar anak-anak tidak menderita.
Luluh hati apabila melihat anak-anak yang masih kecil perlu menanggung kesakitan akibat dari penyakit atau kanser yang dialami mereka. Pun begitu, tiada siapa yang mampu menolak ketentuan takdir. Ia perlu diterima walaupun sememangnya amat sukar untuk dihadapi.
Sama seperti yang dialami oleh Katelynn Ducharme yang diuji apabila anaknya menghidap kanser otak. Dia sering mengemaskini mengenai anaknya itu menerusi TikTok.
Apa yang memilukan, anak perempuannya itu hanyalah baru berusia tiga tahun. Dipercayai menghidap kanser itu sejak bayi, anaknya yang bernama Jocelyn sudah melalui beberapa siri rawatan dan kemoterapi.
Menerusi satu perkongsiannya beberapa minggu yang lalu, kanser anaknya itu dikatakan sudah semakin merebak dan perlu menjalani pembedahan otak.
@team_jocelyn I wish I could give better news 💔#teamjocelyn #childhoodcancer #cancerfighter #atrt #broken
Pembedahan itu berjalan dengan lancar dan Jocelynn perlu menerima rawatan susulan. Dia dikatakan berada dalam keadaan baik selepas menerima rawatan itu tetapi kanser yang dihadapi masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
Walaupun sedang berjuang melawan kanser itu, Jocelyn tetap kelihatan ceria seperti kanak-kanak yang lain dan sangat aktif bermain bersama adik kembarnya.
@team_jocelyn We will update more as we move forward in this fight. #teamjocelyn #braincancerawareness #childhoodcancerawareness #atrt
@team_jocelyn Some very big stuff coming up for our family ♥️ #teamjocelyn #makeawish #childhoodcancerawareness #atrt
Dengan mempunyai sebanyak 1.3 juta pengikut di TikTok, Katelynn juga menjadikan platform itu untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kanser otak.
Sumber: Katelynn Ducharme