Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Persekolahan Secara PdPR Dilaksanakan Selama 25 Hari Selepas Cuti Penggal Tamat 13 Jun Ini – Dr. Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR) akan dilaksakan setelah tamat cuti penggal pada 13 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi satu sidang media khas yang di adakan pagi ini.

Tambah beliau, PdPR tersebut akan dilaksanakan selama 25 hari. Sesi persekolahan secara PdPR bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terenggani akan bermula pada 13 Jun 2021.

Bagi Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya akan bermula pada 14 Jun 2021.

Sumber: FB Dr Radzi Jidin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa