Siakap Keli

Dapat Kerja Kerajaan, Lelaki Ini Ajar 10 Tips Penting Nak Berjaya Hadap Temu Duga SPA ‘Online’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zaman sekarang sangat ramai jumlah graduan yang menganggur, boleh dikatakan semakin hari semakin bertambah bilangannya. Walaupun berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki namun mereka terpaksa bekerja luar bidang pengajian mereka.

Menerusi laman Facebook Muhammad Ashraf Che Ani telah berkongsi tips bagaimana dia diterima kerja walaupun ditemuduga secara ‘online’ sahaja. Tips yang diberikan ini adalah daripada pengalamannya sendiri dan sangat berguna di masa akan datang

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada awal tahun 2021 saya telah diterima bekerja dalam sektor awam setelah berjaya melepasi 1 ujian bertulis (secara online) dan 2 sesi temuduga (secara online).

PKP 3.0 menyebabkan semua sesi Temuduga SPA/Badan Berkanun/Swasta mungkin terpaksa kembali dijalankan secara online. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi 10 perkara penting yang perlu kita tahu sebelum menghadiri temuduga (secara online).

1.) MENGGUNAKAN TELEFON YANG BERKUALITI

Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online. Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama. Jadi, pastikan phone ada berada dalam keadaan yang baik.

2.) MENGGUNAKAN KAMERA TELEFON YANG HIGH REVOLUTION (HD)

Saya pastikan kamera telefon saya berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat saya dengan jelas. Anda bayangkan jika ada menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi

3.) WIFI/LINE TELEFON YANG LAJU

Wifi/Line Telefon sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar. Wifi/Line Phone yang bermasalah akan menganggu perjalanan sesi temuduga.

4.) LOKASI YANG SESUAI

Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang. Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan menggangu konsentrasi anda, betul tak?

5.) MENGGUNAKAN MINI MICROPHONE & WIRELESS EARPHONE

Saya membeli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga. Mini microphone ini sangat penting pada saya kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga.

Saya juga menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan

Mini Microphone di Shopee

6.) POSISI BADAN YANG SESUAI DAN MENARIK

Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang -kurangnya dari paras perut hingga kepala. Walaubagaimanapon, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga. Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.

7.) BERPAKAIAN LENGKAP SEPERTI TEMUDUGA SEBENAR

Saya berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja,blazer,tali leher,seluar,stokin dan kasut. Bagi calon lelaki,elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak. Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat. simple but nice

8. HUJAHAN JAWAPAN YANG KEMAS, PADAT & BERKEYAKINAN TINGGI

Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci. Selain itu,anda juga boleh menyediakan sekurang- kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat. Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau dihadapan cermin berulang kali.Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga. Practice make perfect!

9. RESUME YANG MENARIK

Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas. Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.

10. DOA DARI IBU BAPA & TAWAKAL

Saya bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibubapa saya. Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah, hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

Saya sangat beruntung kerana didoakan oleh 2 mak dan 2 abah dikampung (ibubapa kandung dan mentua). Mereka sangat-sangat suportive dan sentiasa berada dibelakang saya ketika saya di bawah dan di atas.

Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu “Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan. Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.

P/S : Bangun awal pagi pada hari temuduga,hubungi ibubapa untuk mohon restu dan jangan lupa bersedekah sebelum temuduga bermula. Moga catatan ini bermanfaat untuk rakan-rakan yang akan menjalani temuduga (secara online).

 

Sumber: Muhammad Ashraf Che Ani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.