Siakap Keli
Gambar: Tiktok

Rimas Baju Kegemaran ‘Tumbuh’ Bulu, Guna Alat ‘Ajaib’ Ni Untuk Hilangkan Bulu Pada Pakaian

Setiap orang pastinya ada pakaian kegemaran untuk dipakai. Apa tidaknya, baju tersebut mungkin memberikan keselesaan ketika dipakai. Namun, sekiranya baju tersebut kerap dibasuh, ianya boleh menyebabkan masalah seperti berbulu.

Terutamanya bagi pakaian yang diperbuat daripada kapas, apabila sudah digunakan dalam tempoh masa yang lama dan dicuci dengan kasar, tidak hairanlah ianya akan tumbuh ‘bulu’. Bila sudah ‘berbulu’ sebegitu, ada yang akan menyimpannya dan ada juga yang tetap akan memakainya kerana selesa dengan pakaian tersebut.

Bagi yang masih ingin menggunakan baju tersebut, sebenarnya ada satu alat yang boleh digunakan untuk membuang segala bulu-bulu tersebut pada pakaian korang. Bukan sahaja pakaian, tapi boleh digunakan di pelbagai jenis permukaan kain.

Alat yang dimaksudkan adalah Lint Remover yang boleh membuang ‘bulu-bulu’ yang timbul di atas permukaan kain. Menurut pengguna aplikasi TikTok ini, dia telah berkongsikan fungsi alat yang berharga tidak melebihi RM10 ini.

Cara untuk menggunakannya adalah mudah sahaja iaitu dengan menggosokkan alat tersebut pada pakaian yang berbulu. Alat ini akan ‘menyedut’ bulu-bulu yang terkeluar daripada baju sehingga permukaan kain tersebut menjadi seperti baru dibeli.

@bukanzirafah

Bende ni untuk buang bulu #shopee

♬ You Got It – Vedo

 

@bukanzirafah

Reply to @syedimrn_

♬ original sound – 🌽 –

Sumber: @bukanzirafah

Lepas ni baju berbulu semua jadi licin dengan alat ‘remover’ ni

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.