Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Biasanya golongan ‘ayah-ayah’ ni, sebelum nak keluar pergi kerja, mesti akan bersalaman dan cium anak kecil mereka kan? Itu perkara ‘wajib’ selepas bersalaman dan cium si isteri tercinta di tepi pintu.
Apatah lagi kalau si anak itu adalah anak kesayangannya yang dijaga dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Tapi apa yang pengguna TikTok @abah91_aurorra kongsikan ini memang menghiburkan hati.
Kalau lihat video ini, pada mulanya beliau sudah bersiap-siap nak keluar pergi kerja. Namun, beliau sempat duduk sekejap dan memanggil ‘sesuatu’ nak bersalam dan cium.
Ingatkan anak kecil yang datang, rupa-rupanya Oyen..budak bulus kesayangannya. Apa yang menariknya, beliau memberi pelbagai ‘nasihat’ kepada kucingnya ini macam gaya bapak berpesan kepada anak-anak.
Jom tonton video ini.
Nampak tak betapa sayangnya beliau pada si Oyen. Macam-macam pesanan yang disampaikannya. Paling penting jangan main air tu. Bukan apa, dah namanya pun ‘Oyen’, spesies kucing paling banyak buat hal, faham-faham jelah.
Sementara itu, ramai netizen ingatkan yang Abah ni siap-siap nak panggil anak. Rupanya Oyen. Ramai yang terpedaya. Jom tengok apa kata netizen.
“…rupanya si bulus cute..”

“..kucing rupanya..”

“Arwah abang suka cakap dengan kucing..”

“Yang betul-betul pencinta kucing je faham..”

“..ingat dia cakap dengan anak-anak…”

Sumber: TikTok @Abah91_aurorra