Siakap Keli
Gambar: Facebook JPJ Muar

Terjatuh Ketika Cuba Hentikan Motosikal, ’Abang JPJ’ Ni Tak Kisah Redah Hujan Lebat Bantu Mangsa, Tuai Pujian Warganet

Setiap pengguna jalan raya perlulah sentiasa memastikan keselamatan diri diutamakan, terutamanya ketika cuaca buruk mahupun ketika berada di jalan yang berisiko dapat kemalangan.
Namun, sekiranya didapati berlakunya kemalangan kecil atau besar di jalan raya, sebagai masyarakat prihatin perlulah membantu mereka semampunya. Contohnya seperti insiden kecil yang berlaku di Muar baru-baru ini yang dikongsikan oleh JPJ Cawangan Muar di ruangan Facebook.
Dilaporkan, Team Operasi MR3 Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Muar Johor telah membantu seorang penunggang motosikal yang terjatuh di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Abdullah Sungai Abong Muar.
Insiden tersebut berlaku sewaktu penunggang itu cuba untuk memberhentikan motosikalnya ketika keadaan hujan lebat.
Pertolongan yang diberikan ini merupakan tanggungjawab sosial yang terpuji dan patut dicontohi oleh semua. JPJ Muar telah berpesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan saling membantu dalam masyarakat.

Tindakan pegawai JPJ tersebut yang membantu mangsa telah menjadi perhatian ramai warganet yang rata-ratanya ‘menghulurkan’ pujian buat mereka.

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.