Siakap Keli

Terserempak Suami Curang Dengan Perempuan Lain Dalam Kereta, Wanita Pengsan & Jatuh Dari Motor Ditunggangnya

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah tentu berikrar untuk saling mencintai dan setia sehingga hujung nyawa. Bagi yang berpegang pada janji, sudah tentu sekali pun tidak akan terlintas dalam hati untuk menduakan orang yang dicintai.

Namun, yang namanya manusia itu, pasti ada yang mungkir janji dan berlaku curang. Begitu jugalah kisah yang tular melalui aplikasi TikTok, dipercayai berlaku di negera jiran kita.

Melalui video yang beredar pantas dalam media sosial dan menjadi buah mulut netizen untuk ‘membawang’, seorang wanita dilapor pensang diatas motosikal yang sedang meluncur laju dijalan raya gara-gara terserempak dengan suaminya yang sedang berselingkuh dengan wanita lain di dalam sebuah kereta.

Ketika ditemui orang ramai, wanita berkenaan sudahpun terbaring di atas jalan raya. Tidak dapat dipastikan nasib wanita tersebut, sama ada mengalami kecederaan fizikal atau tidak, tapi yang pasti, hatinya sudah tentu terluka setelah menjadi saksi kecurangan suami sendiri.

Tiada keterangan lanjut dimuat naik bersama-sama video berkenaan, namun nasib malang wanita itu mendapat perhatian warga Tiktok lain, yang lantas berkongsi kata-kata semangat, namun tidak kurang juga yang menasihatinya supaya memilih jalan hidup yang berbeza dan tinggalkan sahaja pasangannya yang tidak berlaku jujur itu.

Sumber: Suara.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.