Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sebelas negeri dan wilayah di Malaysia sebentar tadi.
Dalam kemaskini pada 2.55 petang itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kawasan terlibat sehingga jam 5 petang ini.
Berikut adalah negeri dan wilayah yang diramal bakal menerima hujan berdasarkan laporan MetMalaysia:
Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling)
Perak (Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Kelantan
Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin)
Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran)
#ributpetirmetmalaysia #metmalaysia pic.twitter.com/X6ELJRXxK7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) June 10, 2021
Sumber: MetMalaysia