Anak-anak jika diajar dan diberikan perhatian yang sebetulnya sejak dari kecil akan menjadikan mereka lebih berhati-hati terhadap setiap tindakan yang akan dilakukan. Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tular satu video di Indonesia beberapa hari lalu, seorang kanak-kanak lelaki dipuji kerana sikapnya yang tidak mengambil hak orang lain sesuka hati.
Menurut Tribun News, kanak-kanak itu dikatakan meminta buah jambu daripada pemiliknya melalui sepucuk surat.
“Permisi, saya anak SD. Boleh gak minta jambu mawarnya,” tulisnya melalui surat itu.
Bukan itu sahaja, dia juga menggambarkan ciri-ciri buah tersebut dengan terperinci.
@yulia_arsen_mahes anak baik cek #anakbaik #anaksopan #generasipenerus #foryoupage #fypシini q menantikan meet up sm anak baik ini..
Tindakan yang sangat sopan
Pemilik pokok jambu tersebut, Yulia Wulandari, mengesahkan bahawa ia berlaku pada 12 Mei yang lalu di rumahnya di Yogyakarta.
Menurutnya, ketika pulang ke rumah, dia melihat ada sehelai kertas yang tersangkut di pagar. Yulia mengakui bahawa dia gembira dengan tindakan kanak-kanak itu yang dianggapnya sebagai sangat sopan.
“Saya sangat gembira kerana kanak-kanak ini sopan. Saya terus memasukkan buah-buah jambu ke dalam plastik dan meletakkannya di pagar itu,” kata Yulia.
@yulia_arsen_mahes Balas @moneymoley2 ini kakak..ganteng tk hehehe..ganteng kan kan kan kan..sopan lgi..🥰🥰🥰🥰terimaaksi buat papa mama nya uda jadiin jagoan 👍👍👍👍
Kira-kira selepas satu jam, kanak-kanak itu datang semula untuk mengambil jambu dan surat yang ditulisnya itu.
“Semoga kisah ini boleh menjadi contoh buat semua orang, apatah lagi anak-anak kita nanti akan menjadi generasi penerus bangsa,” katanya.
Yulia juga sempat menanyakan alasan kanak-kanak itu yang meminta izin untuk mengambil buah jambu. Katanya, kanak-kanak itu sangat menggemari buah jambu.
Video mengenai kisah tersebut yang dimuatnaik olehnya di TikTok menjadi tular, rata-rata warganet memuji sikap kanak-kanak itu.
Sumber: Tribun News