Siakap Keli

(Video) Budak Lelaki Jadi Hero, Sempat Selamatkan Adiknya Dalam “Walker” Yang Menggelonsor Hampiri Jalan Raya

Tiada siapa yang mampu menjangkakan bahaya yang bakal menanti walaupun segala langkah keselamatan atau pencegahan telah dilakukan.

Sama dengan kejadian yang sempat dirakam oleh CCTV ini yang menyaksikan seorang bayi perempuan hampir dilanggar oleh kereta.

Pun begitu, dia berjaya diselamatkan oleh kanak-kanak lelaki yang turut berada di situ.

Jika terlambat beberapa saat sahaja, mungkin bayi itu akan terus terpelanting di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat oleh China Daily di Twitter itu, beberapa orang dilihat berada di kawasan perumahan itu yang berhampiran dengan jalan raya.

Bayi perempuan itu dilihat dibiarkan berseorangan di dalam walker miliknya sebelum ia menggelongsor.

Melihat keadaan itu, kanak-kanak lelaki yang juga dipercayai abang kepada bayi tersebut segera menyelamatkan adiknya, kebetulan pada ketika itu dia sedang bermain skuter.

Selang beberapa saat sahaja, sebuah kereta dilihat menyelusuri jalan raya.

Kanak-kanak lelaki itu dianggap sebagai hero dan dipuji kerana kepantasannya menyelamatkan adiknya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku.

Sumber: China Daily

Sofea

There's always another side to every story