Siakap Keli
Gambar: Instagram

Budak Lelaki Yang Cedera Selamatkan Adiknya Dari Serangan Anjing Kini Jalani Rawatan Parut, Kesan Luka Kian Pulih

Seorang kanak-kanak lelaki bernama Bridger mendapat gelaran status ‘superhero’ hasil dari keberanian yang dia lakukan untuk adik perempuannya.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu menyelamatkan adiknya dari diserang oleh seekor anjing. Tindakan berani dan tidak mementingkan diri itu menjadikan ianya simbolik terhadap cinta luar biasa dan kasih sayang di antara adik beradik.

Bridger digigit di bahagian pipi dan kepala. Disebabkan gigitan anjing itu, dia mendapat 90 jahitan dan keseluruhan prosedur di hospital mengambil masa sekitar 2 jam untuk diselesaikan.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu adik beradik Robertwalkert pergi ke rumah jiran dan salah satu anjing mereka datang ke arah adik perempuan Bridger. Bridger melompat untuk menyelamatkan adiknya. Dia kemudian berkata kepada ibu bapanya, “Jika seseorang harus mati, saya fikir ia seharusnya saya.”

Superhero ini kini menjalani rawatan untuk parutnya, sekumpulan doktor yang menawarkan rawatan untuk Bridger setelah dia memberanikan diri dalam insiden bahaya tersebut.

Gambar : robertwalker307
Gambar : Robertwalker307

Pada bulan Oktober, Bridger menjalani rawatan kedua dengan Dr. Maughan di Utah, yang mana lebih dekat dengan tempat tinggal keluarganya. Kali ini, dia dirawat dengan laser Candela Vbeam dan laser Alma erbium. 

Sumber : Indiatimes

Aziezzan