Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan kecemasan, hari ini.
Menurut Setiausaha Sulitnya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin, Wan Ahmad Fayhsal kini ditempatkan di wad untuk menjalani rawatan susulan.
“Beliau berada dalam keadaan stabil, namun doktor menasihatkan agar beliau berehat secukupnya sehingga pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Pejabat Ahli Parlimen Machang turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Wan Ahmad Fayhsal agar beliau kembali pulih seperti sedia kala.
Bagaimanapun, setakat ini, punca sebenar Ahli Parlimen berkenaan dikejarkan ke hospital tidak dinyatakan.

