Kisah lelaki beristeri empat mungkin sudah biasa didengari, tetapi pasti anda akan terkejut dan sukar mempercayai bahawa masih ada juga lelaki yang mempunyai puluhan orang isteri.
Baru-baru ini tular satu video yang mendakwa bahawa seorang lelaki telah berkahwin untuk kali ke-37. Apa yang mengejutkan, perkahwinan itu juga dikatakan telah disaksikan oleh 28 orang isteri, 135 orang anak dan 126 orang cucunya.
Video yang berdurasi selama 45 saat itu dimuatnaik di Twitter, tetapi tidak dapat dipastikan bila dan dimana ia berlaku.
Telah berkahwin sebanyak 36 kali sebelum ini, isteri-isterinya juga dipercayai tinggal bersamanya.
Menerusi video itu, wanita yang dikahwininya itu dilihat lebih muda darinya dan mereka diraikan dengan sangat meriah ketika majlis perkahwinan berlangsung.
Semua isteri, anak-anak dan cucu lelaki itu bertepuk tangan, bersorak dan mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya.
BRAVEST MAN….. LIVING
37th marriage in front of 28 wives, 135 children and 126 grandchildren.👇👇 pic.twitter.com/DGyx4wBkHY
— Rupin Sharma IPS (@rupin1992) June 6, 2021
Sumber: Asianetnews, Times Now News