Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: PKP 3.0 Dilanjutkan Hingga 28 Jun Ini – Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berlangsung kini akan dilanjutkan dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun sehingga 28 Jun 2021, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi dan melebihi 5,000 kes sehari.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Ismail berkata demikian dalam satu kenyataan sebentar tadi, memetik laporan ringkas BERNAMA.

Berita penuh menyusul.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.