Seorang wanita hamil dilaporkan telah menyaman anggota polis yang didakwa menjadi punca keretanya terbalik sehingga membahayakan nyawanya dan bayinya.
Menurut NBC News, anggota polis itu dipercayai bertindak sedemikian setelah wanita itu tidak memberhentikan keretanya. Dia mengejar rapat kereta wanita itu kerana mendakwa ia dipandu melebihi had laju.
Kejadian nahas yang berlaku pada bulan Julai 2020 di Lebuh Raya AS 167 di Jacksonville, Arkansas itu memberikan kesan yang mendalam kepada wanita berusia 38 tahun itu kerana usia kandungannya baru sahaja memasuki dua bulan.
Dia memandu kira-kira dalam kelajuan 60 batu sejam ketika pegawai polis itu menyalakan lampu untuk menghentikan keretanya. Mereka ketika itu berada di zon kelajuan 70 batu sejam.
Rakaman dashcam mengenai kejadian tersebut telah disiarkan oleh pihak peguam wanita itu dalam usaha mereka untuk menyaman pihak polis tersebut atas kecuaian dan membahayakan nyawanya, lapor Newsweek.
Menerusi video itu, polis menyalakan lampu biru dan cuba menyuruh mangsa untuk memberhentikan kereta. Dia mendakwa bahawa wanita itu memandu dengan kelajuan 84 batu sejam.
Tetapi, mangsa dilihat mengurangkan kelajuannya dan menyalakan lampu kecemasan yang bermaksud bahawa dia berniat untuk memberhentikan keretanya.
Wanita itu menjelaskan bahawa dia mencari tempat yang selamat untuk berhenti kerana jalan raya itu terlalu sempit. Pun begitu, pegawai polis tersebut terus melakukan teknik PIT maneuver yang biasanya digunakan polis untuk mengakhiri pengejaran berkelajuan tinggi.
Tindakan tersebut membuatkan kereta wanita itu terus berpusing dan terbalik.
Penggunaan teknik PIT maneuver itu dipersoalkan oleh orang ramai kerana ia berpotensi menyebabkan nahas yang teruk.
This is nuts. Nicole Harper was pulled over by an Arkansas state trooper. She pulled to the side, turned on her hazards, and looked for an exit.
He waited 20 seconds and then used a PIT maneuver to flip her car. She was pregnant. pic.twitter.com/hYIg6hVT7W
— Sawyer Hackett (@SawyerHackett) June 9, 2021