Siakap Keli

TERKINI: KPM Sahkan ‘Skala Gred SPM’ Yang Tular Di Facebook Adalah Bukan Milik KPM

Hari ini tular di Facebook satu tangkap layar memaparkan rajah yang kononnya merupakan skala gred bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020.

Dalam masa sama, individu yang dipercayai memuat naik rajah berkenaan menulis kapsyen berbunyi “Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A” diikuti “#bilasekolahdipolitikkan“.

Penafian tegas KPM

Rajah tersebut telah tersebar luas di media sosial selain turut menimbulkan pelbagai spekulasi awam sebelum ‘tiba’ ke pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagaimanapun KPM mengesahkan dan menegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular itu bukanlah milik Lembaga Peperiksaan.

Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan bahawa skala tersebut menggambarkan seolah-olah ianya adalah gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon SPM 2020.

Tegas KPM lagi, hantaran tersebut telah mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara serta menggugat ketenteraman awam.

Oleh itu satu laporan polis telah dibuat pada 10.31 malam tadi (sebentar tadi), selain laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.

Sumber: KPM

"