Sebuah video menyeramkan yang memaparkan satu kelibat yang berpakaian putih telah menjadi tular.
Video tersebut menunjukkan terdapat satu kelibat yang berpakaian serba putih, duduk bertenggek di atas sebuah rumah.
Menurut pemuat naik video berkenaan, ketika dia baru keluar daripada keretanya, dia berasakan bahawa ada yang sedang memerhatinya daripada atas.
Dan apabila dia melihat ke arah atas, dia telah perasan bahawa terdapat kelibat terebut sedang memerhatikannya.
“Tadi keluar kereta. Perasan macam ada perhati dari atas. Ya Allah. Kalau aku tak kuat semangat, dah menangis dekat parking ni,” tulisnya dalam video tersebut.
Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah kelibat tersebut, namun ianya pasti dapat menimbulkan rasa keseraman apabila menonton video itu.
Video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 900 ribu kali.
@dearshekyn
Sumber: @shekynrose