Satu lagi lakaran sejarah telah terukir apabila pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok muncul Juara Moto3 Junior World Championship di Barcelona petang tadi.
Lebih membanggakan, lagu Negaraku turut berkumandang di bumi Sepanyol ketika Damok dinobatkan sebagai juara Moto3 di Catalunya Barcelona.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Team Malaysia di laman Twitter, detik bersejarah itu dapat dilihat ketika pelumba muda negara itu membuat pintasan pelumba lain ketika di pusingan yang terakhir.
Full gas Syarifuddin Azman @ Damok! 🇲🇾🏁
Buat kali pertama muncul juara race #Moto3 Junior World Championship @CEVMotorcycle di Barcelona sebentar tadi! Perhatikan motor nombor 63 tu. Last lap potong sampai jadi juara! Tahniah Damok. 👏🏻 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/5t1rGrFpId
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 13, 2021
Damok MENANG di Barcelona! 🇲🇾
Negaraku berkumandang di Catalunya Barcelona selepas Syarifuddin Azman memenangi Race 1 #Moto3 di pusingan ke-tiga FIM CEV Repsol di Catalunya Barcelona 🇪🇸
Malaysia Boleh! 🇲🇾 @sepangcircuit @KBSMalaysia @TeamMsia pic.twitter.com/c1f7jG3OLO
— SIC Junior ZK Racing (@ZKracingteam) June 13, 2021
Tahniah Syarifuddin Azman! Aksi berani beliau pada pusingan terakhir membuahkan hasil muncul juara perlumbaan #Moto3 Junior World Championship di Barcelona sebentar tadi.
Sama-sama kita berikan sokongan dan semngat buat beliau. Kekalkan momentum untuk perlumbaan seterusnya. 👍🏻 pic.twitter.com/pFpLarSiPZ
— Reezal Merican (@reezal_merican) June 13, 2021
Sumber: Team Malaysia, SIC Junior ZK Racing