Siakap Keli

‘Hantu’ Pasta Wajib Cuba, Kedai Ni Dah Jual Lebih Sejuta Kotak Pasta Yang Rasa 5 Bintang, Harga ‘Marhaen’

Bila dah total lockdown ni, banyak juga kedai makan yang tutup. Tak tahulah sebab dah tak boleh survive ke apa. Dah sampai waktu lunch ni mula la perut ni berkeroncong. Aku pun start kereta pergi la cari makan. Tak lama aku pusing-pusing tu aku ternampak satu restoran ni ‘Pasta Panas’. Dari luar nampak menarik sebab dia tulis situ ‘panas’ so, aku memang panas je nak cuba betul ke panas?

Boleh tahan menarik jugak pilihan makanan kat Pasta Panas tu. Biasa tengok Alif Satar makan, harini kita try sendiri. Siapa tengok ni dia terliur maaflah ya. Korang boleh je order online delivery dorang boleh hantarkan, dan check cawangan mana berdekatan.

Set baru beli pasta FREE cookies dengan air

Lagi satu yang aku perasan diorang ada keluarkan set baru yang Pasta Panas kolaborasi dengan Monstr Cookies. Korang boleh order Monstr Meal dengan harga bermula RM15.20 je. Korang boleh pilih Spicy Chili Mac, Aglio Olio atau Mac & Cheese. Set ni korang akan dapat sekali dengan Monstr Cookies dan satu tin air Fanta.

Satu lagi set baru, Little Monstr Meal dengan harga RM12.30 je. Korang boleh pilih POCO Mac & Cheese, POCO Aglio Olio atau POCO Carbonara dan dapat sekali dengan Monstr Cookies dan air Minute Maid. Semua harga marhaen je wei. Tak mahal pun.

Join giveaway kuantiti terhad!

Sempena semua orang duduk rumah ni, Pasta Panas buat Giveaway cun-cun untuk korang. Setiap pembelian mana-mana menu Pasta Panas korang akan dapat 1 pek Monstr Cookies percuma je gais. Kalau korang lambat memang melepaslah sebab ada 150 pek je di setiap satu outlet. Aku dah dapat dah aku punya.

Dah terjual lebih 1,000,000 kotak

Aku yakin korang tak kan menyesal sebab makanan dorang memang sedap! Kalau tak, takkanlah terjual sampai 1,000,000 kotak.   Sampai je rumah, terus makan Pasta Panas ni panas-panas. Rasa dia bukan nak cakaplah, aku order Mac & Cheese tau. Cheese dia tu memang tak kedekut. Macaroni dia pun memang berlambak gila. Lunch aku haritu memang paling kenyang. Kalau korang nak try juga boleh order food delivery atau walk-in ke restoran diorang. Ada 14 outlet kat Lembah Klang.  Malas aku nak sembang panjang-panjang sebab aku nak suruh jugak korang pergi try sendiri.

Korang boleh order online direct dari Pasta Panas dan diorang ada buat delivery dalam radius 5km. Korang klik SINI. Selain itu, korang juga boleh order by Food Panda dan Grab Food. Korang boleh follow Facebook, Instagram dan Twitter Pasta Panas. Maklumat lanjut boleh check out Website Pasta Panas.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)