Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Pelajar Dilapor Hilang Separuh Tengkorak Akibat Lompat Dari Jambatan Untuk Bunuh Diri, Kini Semakin Sedar Akan Kehidupannya

Seorang pelajar yang hilang separuh tengkorak setelah cubaan membunuh diri telah pulih secara luar biasa dalam usaha untuk mengubah hidupnya, lapor Daily Star.

Pelajar perempuan berusia 23 tahun itu telah menjalani dua pembedahan otak kecemasan untuk menghilangkan tekanan pada otaknya. Pakar bedah telah menjalankan pembedahan kraniotomi – penyingkiran sebahagian daripada tengkoraknya.

Hal ini berikutan kejadian yang menimpanya ketika 17 April 2020 iaitu apabila gadis itu membuat cubaan membunuh diri. Dipercayai dia telah melompat dari jambatan/laluan pejalan kaki atas lebuh raya 2 lorong berhampiran Hull, United Kingdom.

Dilaporkan ketika kejadian, seorang penunggang motosikal yang melewati laluan itu pada mulanya menganggap susuk tubuh itu adalah karpet bergulung di jalan. Namun, ternyata merupakan susuk tubuh mangsa yang jatuh dari atas jambatan, lalu dia dikejarkan ke Hull Royal Infirmary.

Menurut sumber, selama 2 minggu keadaannya kritikal dengan dia mengalami kecederaan parah akibat trauma. Gadis itu mengalami bengkak dan pendarahan pada otak yang mengakibatkannya menderita strok.

Bukan itu sahaja, dia turut mengalami patah pada beberapa tulang rusuk, di wajah, buku lali, kaki, dan pergelangan tangannya.

Keadaannya itu membuatkan doktor telah memperingatkan ibu bapanya bahawa kemungkinan gadis itu tidak dapat bertahan. Namun, setelah dua minggu kemudiannya, dia mulai sedar.

Sejak dari hari itulah bermulanya tempoh pemulihan yang panjang bagi gadis itu sehingga kini.

Pada bulan Oktober lalu, dia telah menjalani kranioplasti, yang melibatkan pembuatan plat logam untuk menggantikan bahagian tengkoraknya yang hilang. Kepalanya dicukur setelah pembedahan dan kini dia menggunakan rambut palsu yang panjang.

Jelasnya, “Separuh kepalaku kini menjadi logam.

Rentetan daripada kemalangan itu, dia turut menderita sakit kepada akibat kecederaan otaknya, namun berjaya dikawal dengan ubat. Malah, walaupun tidak mampu berjalan lebih dari 2-3km sebelumnya, kini dia mampu berjalan lebih baik dan kembali ke gim.

Walaupun mengalami trauma yang teruk, si gadis menganggap dirinya adalah yang terbaik selama ini. Dia kini memohon untuk masuk semula ke universiti pada bulan September bagi melanjutkan tahun ketiga pengajian kejururawatan.

Dia berhasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua profesional perubatan yang menyelamatkan nyawanya pada malam itu.

Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan mental, dia mendesak mereka untuk memaksa diri beraktiviti di luar, bersenam, bertemu rakan, dan bercakap dengan orang lain.

Saya berada di tempat yang lebih baik sekarang. Saya tidak menyedari kekuatan saya sendiri hingga sekarang. Saya hampir mati, tetapi saya merasakan saya mempunyai masa depan yang cerah di depan saya sekarang,” katanya.

Sumber: Daily Star

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.