Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Penting Pengurusan Pengaliran Udara Dalam Premis, KKM Kongsi 3 Panduan Ini Mengikut Kategori Premis

Setiap premis memiliki pengaliran udara yang berbeza. Ada tempat yang menggunakan penyaman udara, tidak kurang juga yang hanya membiarkan angin masuk melalui tingkap premis tersebut.

Setiap premis ini ada cara yang berbeza untuk diuruskan pengaliran udaranya, bergantung pada jenis premis tersebut. Jadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsikan panduan pengurusan pengaliran udara yang betul dalam premis mengikut kategorinya.

Ikuti panduannya seperti di bawah.

1. Premis yang ada aliran udara semula jadi

Contohnya seperti kedai kopi, pasar dan asrama

Antara cara mengurus:

1. Sentiasa buka tingkap dan/atau pintu

2. Pasang kipas menghadap keluar tingkap untuk tingkatkan aliran udara

2. Premis yang berhawa dingin tidak berpusat

Contohnya seperti kedai dan pasar mini

Antara cara mengurus:

1. Kerap buka pintu atau tingkap

2. Pastikan sistem sanitasi perangkap air dalam keadaan baik

3. Premis berhawa dingin berpusat

Contohnya seperti bangunan pejabat dan pusat beli belah

Antara cara mengurus:

1. Pastikan ada aliran udara keluar dan masuk

2. Pastikan sentiasa pasang kipas/penyedut udara di tandas

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.