Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Teringin Anak Tapi Hidap PCOS, Doktor Kongsi 6 Tips Ikhtiar Hamil Secara Semula Jadi Buat Bakal Ibu

Gambar Hiasan via Google/ Dr Raihana

Bagi wanita yang sudah berkahwin, sudah pastinya sentiasa mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata bersama suami yang tercinta. Pun begitu, tidak semua wanita berpeluang untuk hamil dek kerana pelbagai masalah wanita atau komplikasi yang tak dapat dielakkan.

Antaranya ialah Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) yang merupakan salah satu penyakit yang lazim dialami oleh wanita yang sukar hendak hamil. Pun begitu, ianya bukanlah bermakna wanita itu tidak boleh hamil, tetapi sedikit sukar berbanding wanita yang tidak mempunyai penyakit ini.

Masalah PCOS yang dialami oleh wanita juga akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan sehingga boleh menyebabkan wanita tak berovulasi dan tidak jumpa waktu subur dalam satu kitar haid.

Ikhtiar Hamil Walau Ada PCOS

Walaupun diketahui bahawa wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada juga ikhtiar yang boleh dilakukan agar wanita tersebut dapat menimang cahaya mata bersama suami tercinta.

Dr Raihana yang pernah berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri dan juga pakar membantu ramai pasangan yang alami masalah kesuburan ada menyenaraikan 6 tips ataupun panduan pemakanan bagi pesakit PCOS sebagai ikhtiar untuk hamil secara semulajadi.

Diet Rendah Karbohidrat

Menurut Dr Rai, pengamalan diet rendah karbohidrat juga penting bagi wanita yang mengalami masalah PCOS. Perkara ini rentetan daripada dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa wanita yang menghidapi PCOS tidak boleh mengambil karbohirat seperti nasi dan kentang.

Gambar: Mount Alvernia Hospital

Gabungan Protein Dan Lemak

Selain daripada pengambilan karbohidrat, Dr Rai mengatakan bahawa wanita yang menghidapi PCOS juga perlu mengambil protein dan sedikit lemak. Perkara ini adalah kerana untuk mengelakkan glukosa dalam darah naik secara mendadak sekiranya tidak mengambil makanan protein atau lemak seperti ikan dan sayur. Ianya akan menyebabkan insulin dirembeskan terlalu cepat dalam masa yang sama.

Gambar: Bicycling

Makan Makanan Berwarna Semula Jadi

Dalam masa yang sama, pengambilan variasi dalam pinggan juga amatlah penting terutamanya bagi wanita yang mengalami PCOS. Ini bermaksud mereka perlu mengambil sumber-sumber makanan berwarna semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dan bukannya makanan yang ditambah pewarna tambahan.

Gambar: Academy of Nutrition & Dietetics

Makanan Tinggi Sumber Omega 3

Pengambilan makanan tinggi sumber Omega 3 adalah kerana kebiasaannya bagi orang yang mengalami PCOS, kilang telurnya gagalkan mematangkan telur ovum. Jadi, pengambilan makanan ini adalah untuk membantu Ovum matang dengan sempurna dan bantu kekenyalan dinding rahim. Jadi apa sumber Omega 3 ?

Gambar: Medical News Today

Fokus Pada Kompleks Karbohidrat

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, orang yang mempunyai PCOS juga boleh mengambil karbohidrat namun perlulah terkawal. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Rai, kompleks karbohidrat adalah seperti beras perang, yang mana bila kita makan, karbo lambat sikit ditukar jadi glukosa. Contoh lain adalah seperti oat, gandum dan roti gandum.

Makan Kerap Tapi Kuantiti Sikit

Bagi orang yang mengalami PCOS juga perlu mengawal kuantiti makan namun dibolehkan untuk makan dalam kadar yang kerap. Seperti yang Dr Rai katakan, dalam masa sehari dibenarkan ambil makanan berat sebanyak tiga kali sahaja.

Makan kerap ni maknanya dia ada snack sikit. Contohnya pagi kita makan berat, pastu antara pagi dan tengahari ada snack sikit. Sebab kita tak nak setiap kali dia makan nasi banyak, insulin tu dihasilkan terlalu cepat.

Tambah Dr Rai, para wanita juga perlu memerhatikan tanda-tanda Insulin Resistant yang boleh menghampiri kepada penyakit PCOS. Perkara ini adalah kerana ada juga wanita yang tidak tahu bahawa dirinya terdedah kepada simptom PCOS. Antara lima yang dimaklumkan oleh Dr Rai adalah seperti berikut:

  1. Susah turun berat badan

  2. Craving benda manis dan sumber karbohidrat

  3. Mudah jatuh sakit disebabkan oleh imunisasi rendah

  4. Mudah letih

  5. Tona kulit jadi gelap, kusam

Gambar: HelpGuide.org

Sebenarnya, pelbagai lagi ikhtiar yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Antara yang lain ialah perlu memastikan keadaan tubuh badan mereka sihat seperti hormon haid yang stabil dan teratur. Minuman tambahan seperti Efferty merupakan nutrisi persediaan hamil yang sesuai bagi para wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil.

Selain daripada perkongsian di atas, anda juga perlu menimba pelbagai lagi ilmu dan pengetahuan mengenai kehamilan bagi wanita hidap PCOS dan juga yang berkaitan dengan kehamilan. Mana lah tahu dengan ilmu baru yang dipelajari dan dipraktikkan akan membuahkan hasil.

Nak dapatkan tips lebih lagi khusus untuk yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat, anda boleh layari halaman Telegram Komuniti Efferty dan juga Telegram Dr Raihana Ismail Official.

Tak rugi pun kalau join sebab tips-tips hamil yang dikongsikan oleh Dr Rai telah memberi manfaat kepada ramai orang. Antaranya ialah dalam tempoh 18 bulan, lebih 800 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai.