Siakap Keli

TERKINI: Rentas Negeri Dijangka Akan Dibenarkan Di Fasa Keempat, Tetapi Tertakluk Kepada Penilaian & SOP Ketat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan mengenai pelan pemulihan negara berkaitan COVID-19 melalui empat fasa utama.

Fasa-fasa berkenaan melibatkan pelan peralihan yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Antara yang mencuri tumpuan adalah perincian dalam Fasa Keempat.

Menurutnya, negara mungkin akan dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian apabila memasuki fasa ini.

Ia bermakna, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik akan dibuka yang tertakluk kepada SOP yang ketat.

Peralihan ini dijangka akan dapat dilaksanakan di akhir bulan Oktober 2021.

“Kita akan dapat beralih kepada fasa keempat sekiranya kita berjaya mencapai nilai purata kes harian COVID-19 menurun ke satu paras bawah 500 kes, sistem kesihatan berada dalam keadaan selamat termasuklah penggunaan katil di ICU di paras yang mencukupi dan 60% populasi di negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Tambahnya lagi, fasa ini  juga dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini.

BACA: Moratorium 3 Bulan & Pengurangan Bayaran Ansuran 50 Peratus Selama 6 Bulan, Ini Cara Untuk B40, M40 & T20 Buat Pilihan Dari Bank

Sumber: RTM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.