Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribuan penduduk Afrika mendatangi sebuah perkampungan di Afrika Selatan selepas penemuan batu misteri di sana, lapor The Sun
Menurut portal itu, lebih 1,000 individu berusaha mencari batu berkenaan yang dipercayai merupakan permata.
Biarpun belum mengetahui identiti dan nilai sebenar batu itu, para penduduk serta orang luar sudah mula ‘beratur’ dengan memarkir kenderaan di sepanjang jalan berhampiran padang di mana batu itu ditemui.

Bagi sebahagian penduduk, penggalian itu merupakan peluang melihat permata buat pertama kali dalam hidup mereka.
“Saya tak pernah lihat atau sentuh permata dalam hidup saya. Ini kali pertama menyentuhnya di sini,” kata Skhumbuzo Mbhele.
Jabatan galian Afrika Selatan dilaporkan telah menghantar pasukan ahli geologi dan pakar perlombongan untuk memantau lokasi itu.
Pegawai kerajaan di wilayah tersebut juga dikatakan telah mendapat panggilan untuk membuat pemeriksaan di sana.
Perkumpulan beramai-ramai itu turut menyebabkan timbulnya kerisauan penularan COVID-19 di negara berkenaan.
