Siakap Keli
Gambar: Diadona.id

(Video) Tular, Penonton Dipercayai Kena ‘Rasuk’ Ketika Tonton Filem The Conjuring 3 Dalam Pawagam

Peminat filem-filem seram pastinya tidak asing lagi mendengar filem yang bertajuk The Conjuring. Untuk menonton filem seram ini, persiapan dari sudut mental haruslah dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan diri dari berasa takut.

Filem ini mempunyai muzik latar khas yang pasti boleh membuatkan bulu roma tegak berdiri. Sekiranya tidak kuat, dikhuatiri bahawa kejadian yang tak diingini mungkin boleh berlaku, seperti yang tular di media sosial pada baru-baru ini.

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama Wite Wid ini, video tersebut memaparkan situasi sebuah pawagam yang filemnya secara tiba-tiba ditangguhkan kerana penonton disyaki kena rasuk.

“Kena rasuk ketika menonton Conjuring,” tulis pemilik akaun tersebut.

Video yang tular itu memperlihatkan suasana pawagam yang kecoh kerana disyaki ada penonton yang kena rasuk ketika menonton filem The Conjuring. Kejadian itu telah mengakibatkan tayangan filem tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Sumpah ini dihentikan kerana ada yang kena rasuk,” kata perakam video itu.

Pandangan penonton lain tertumpu pada penonton yang dikhuatiri dirasuk itu. Terdapat beberapa individu yang mengerumuni salah satu kerusi penon filem yang disyaki dirasuk tersebut.

Perakam itu juga menyatakan bahawa dia terdengar suara tangisan, walaupun menurutnya orang yang disyaki dirasuk itu telah dibawa keluar daripada pawagam tersebut.

“Yang tadi tu bukan ke dah dibawa keluar? Jadi siapa yang mengangis ni?” katanya.

Pada akhir video berkenaan, kelihatan individu yang berkumpul itu tadi turut keluar meninggalkan pawagam tersebut. Dan filem itu kemudiannya disambung semula.

Sehingga artikel ini ditulis, lokasi sebenar pawagam di Indonesia itu masih belum diketahui lagi.

Pun begitu, video tersebut telah menjadi terus menjadi perbualan hangat dan menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih daripada 2 juta kali.

@witeewitee

Kesurupan pas nonton Conjuring ☑️ #kesurupan #theconjuring

♬ original sound – Wite Wid – Wite Wid

BACA: Moratorium 3 Bulan & Pengurangan Bayaran Ansuran 50 Peratus Selama 6 Bulan, Ini Cara Untuk B40, M40 & T20 Buat Pilihan Dari Bank

Sumber: Liputan6

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.