Siakap Keli

(Video) Gempa Bumi 6.1 Gegar Maluku Tengah Di Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa bumi berkekuatan 6.1 skala richter dilaporkan menggegar wilayah Maluku Tengah, Indonesia.

Pusat gempa bumi tersebut dilaporkan terletak sekitar 67 kilometer tenggara Malulu Tengah dengan kedalaman 10km di bawah permukaan laut.

Menurut portal CNN Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) negara itu pada awalnya menyatakan bahawa gegaran tersebut tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Namun kemudiannya, BMKG telah memperbetulkan maklumat yang dinyatakan sebelumnya dengan mengeluarkan amaran bahawa gempa tersebut berpotensi untuk tsunami.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa menasihati orang awam yang berada di persisir Pantai Japutih sehingga Pantai Apiahu, Wilayah Maluku Tengah, Pulau Seram, Maluku untuk berwaspada.

Sumber: CNN Indonesia

Aqmal Ezany

I write what is right