Siakap Keli

(Video) “Mama Terselamat Kerana Ayah,” Wanita Kongsi Kisah Pengorbanan Arwah Suami, Kini Tabah Besarkan Anak-anak Seorang Diri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kadang-kadang, sinar kebahagian  telah dilihat ‘terpancar terang’ rupanya hanya bertahan sebentar sahaja.

Sama juga dengan perihal jodoh, tidak semua ditakdirkan untuk bersatu selama-lamanya. Ada yang terpaksa menelan hakikat bahawa jodoh di dunia ini hanya sementara sahaja.

Tetapi, siapa kita untuk menidakkan ketentuan takdir, sesungguhnya Tuhan Yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh @najwakarim96 di laman TikTok yang berkongsikan mengenai kisah pilu hidupnya menjadi ibu tunggal setelah kehilangan suami tercinta.

Menerusi video itu, Najwa mengatakan bahawa dia dan suaminya telah terbabit dalam satu kemalangan yang mengakibatkan suaminya itu mengalami kecederaan teruk dan terlantar sakit.

Mengandung lapan bulan

Lebih menyedihkan, ketika kemalangan itu berlaku, dia sedang sarat mengandung selama lapan bulan. Mungkin disebabkan itu juga suaminya berkorban dengan menyelamatkannya semasa kemalangan itu.

Ketika suaminya berada di dalam ICU, dia telah melahirkan anaknya melalui proses pembedahan.

Tabah mengharungi dugaan tersebut, Najwa juga menjaga suaminya selepas habis berpantang .

“Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata,” katanya.

Jaga suami hingga hujung hayatnya

Suaminya yang pada ketika itu terlantar sakit hanya mampu membuka mata. Menurutnya, menguruskan suaminya itu adalah satu rezeki buatnya.

Tetapi, Allah lebih menyayangi suaminya apabila Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019.

Kini, hanya tinggal dia dan tiga anaknya dengan tabah meneruskan hidup.

Jodoh kami tak menyebelahi di dunia

@najwakarim96

Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. In shaa Allah di syurga dia menanti. #mamamuda #fyp

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat video tersebut dan mendoakan agar Najwa dan anak-anak terus tabah menjalani hidup.

Sumber: najwakarim96

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.