Siakap Keli
Gambar: DailyMail.co.uk

Beruang Hitam 34kg Sanggup Panjat Pokok Setinggi 22 Meter, ‘Lepak’ Kat Sarang Bangau Untuk Makanan

Beruang hitam nakal tertangkap sedang bertenggek di atas pohon setinggi 75 kaki (22 meter) dan memanfaatkan sarang burung sebagai ‘pasar raya peribadi’ lima tingkat di atas tanah, lapor Daily Mail.

Dilaporkan, pada 8 Jun lepas, Ken MacDonald dan isterinya, Susan mengunjungi sebuah tempat pembiakan bangau di Severn Township, Kanada. Namun, apa yang dilihat ialah ‘sesuatu yang berwarna hitam dan besar’ duduk di salah satu pohon yang tinggi.

Ken MacDonald said bears are omnivores and will target whatever meal is the easiest, meaning this was either a very determined or very hungry animal to have climbed 75 feet

Walaupun sarang di sekitarnya dihuni oleh burung bangau dewasa yang mengawasi telur, salah satu sarang yang agak jauh telah ‘didiami’ oleh beruang. Dipercayai beruang yang beratnya sekitar 75 paun (34 kg) itu sedang mengimbang diri di atas sarang.

Dipercayai, sarang itu setinggi bangunan lima tingkat sehingga tingginya sekitar 75 kaki (22 meter). Beruang yang lebih besar atau lebih tua mungkin tidak dapat memanjat atau muat untuk masuk ke dalam sarang itu.

Menurut Ken yang memerhati keadaan itu, pemangsa dikatakan kerap ‘menghidu’ ke dalam struktur jerami itu. Ia dikatakan sedang memanfaatkan cara untuk mendapatkan makanan dengan mudah.

Namun, mereka tidak pasti apa yang mungkin dimakan oleh beruang tersebut. Ada beberapa gambar yang diambil menunjukkan ada ‘sesuatu’ di mulut beruang itu, sama ada memegang beberapa telur atau sisa lain.

A cheeky but 'very determined' black bear was caught perched precariously atop a 75-foot tree

Jelas Ken, “Susan agak tertekan dan risau terhadap keselamatan bangau-bangau, baik yang muda mahupun yang tua. Saya juga bimbang akan keadaan ini yang boleh mempengaruhi koloni sihat yang sangat aktif. Walau bagaimanapun, tabiat ‘memburu’ ini adalah sebahagian daripada alam.”

Tambahnya, “Saya percaya ia mengambil anak bangau. Sebilangan besar burung bangau di koloni ini mungkin menetas sekitar minggu kedua bulan Mei kerana banyak yang berkembang dengan baik. Kami tidak tahu berapa lama beruang itu sudah berada di kawasan itu atau berapa lama ia akan tinggal.”

Menurut pasangan ini, tidak ramai yang melihat tingkah laku ini daripada seekor beruang hitam. Ketika berada di sana, mereka hanya sibuk melihat sarang yang terdekat di tepi kolam. Ternyata, apabila meneropong di arah belakang kolam, ternyata seekor beruang sedang berdiri di atas salah satu sangkar burung.

The 75-pound bear climbed an estimate 75-feet, or five storeys, to get to its quarry

Jadi, pasangan itu memerhatikan beruang itu selama kira-kira satu jam, dan ada satu waktu ia kelihatan cukup puas tinggal di sarang. Mereka juga tertanya-tanya sama ada mungkin beruang tersebut menunggu hingga malam menjelang dan turun di bawah di saat kepekatan malam bagi mengelakkan diri daripada bangau dewasa.

Menurut Ken, ketika seorang rakan kembali ke hutan yang sama dua hari kemudian, beruang yang sama terlihat di kawasan itu tetapi tertidur di tanah pada kali ini.

Jelasnya, terdapat banyak perbincangan mengenai apakah beruang itu pergi ke sana untuk mendapatkan anak bangau atau hanya telur.

While the surrounding nests were all occupied by adult herons keeping watch over eggs, one of the furthest ones had a juvenile bear - weighing around 75 pounds - balancing on top

Beruang merupakan binatang omnivor dan akan memanfaatkan makanan apa pun yang kelihatan paling senang. Malah, bagi yang memanjat pokok yang setinggi 22 meter itu seperti membawa maksud beruang itu begitu bersungguh-sungguh atau sangat lapar.

Sumber: Daily Mail

Nurul Nabila