Malayan Banking Berhad (Maybank) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka akan melakukan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 19 Jun 2021.
Dalam kenyataan yang sama, Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatan Maybank2u dan Perbankan Mudah Alih tidak akan beroperasi dari jam 3:30 pagi sehingga 10 pagi.
Bagi perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri pula akan beroperasi dari jam 10 pagi dan bukan dari jam 6: pagi pada hari yang sama.
Kepada para pelanggan yang dihormati,
Untuk makluman anda, kami akan melaksanakan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 19 Jun 2021. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Maybank2u dan Perbankan Mudah Alih tidak akan beroperasi dari jam 03:30 pagi hingga 10:00 pagi. Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri akan mula beroperasi dari jam 10:00 pagi dan bukan dari jam 06:00 pagi pada hari yang sama.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama anda dalam perkara ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank, Tel: 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (luar negara).
Sumber: Maybank