Siakap Keli

(Video) Lelaki Nekad Terjun Tasik Sebanyak 365 Kali Semata-mata Untuk Hilangkan Tekanan

CHICAGO- Seorang pemandu bas di Chicago menggunakan cara unik bagi menghilangkan tekanannya sewaktu pandemik berlangsung.

Dia akan menyelam dikawasan Danau Michigan pada setiap hari sabtu dan telah menyelam sebanyak 365 kali atau diibaratkan genap setahun.

Dan O’Conor berkata bahawa dia mula berbuat demikian tahun lalu bertujuan menghilangkan tekanan. Dia mulakan di Pelabuhan Montrose iaitu dibahagian utara bandar Chicago.

Tidak lama kemudian, bapa kepada tiga anak ini mendapati memikmati aktiviti tersebut dan melakukan aktiviti tersebut sepanjang musim gugur, lapor Republic World.

Katanya, bahagian paling mencabar adalah pada musim sejuk kerana pembetukkan ais. Tambahnya, suatu hari dia pulang kerumah dan menadapati terdapat sekitar 20 kesan calar dan luka pada badannya.

Oleh itu, dia akan memuatnaik video aktivitinya dan disokong oleh masyarakat serta pengguna media sosial.

Sumber: Republic World

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.