Pemain tengah pasukan Itali telah menjadi bintang bola sepak yang terbaru mengalihkan botol Coca-Cola dan menggantikannya dengan air mineral dalam sidang media Euro 2020.
Minuman berkarbonat yang popular itu telah diletakkan di hadapan Manuel Locatelli semasa dia duduk untuk ditemu ramah selepas aksi menentang pasukan Switzerland.
Dalam video tersebut, dia dilihat meletakkan botol air mineral di depan mikrofonnya sebelum mengalihkan botol Coca-Cola dari pandangan sebelum memulakan sidang media tersebut.
Locatelli kemudiannya tersenyum dan terus memegang-megang trofi Man of the Match yang dimenanginya ketika menunggu soalan pertama diajukan.
Tindakan tersebut dilihat seakan serupa dengan tindakan yang dilakukan Cristiano Ronaldo ketika sidang media sebelum aksi perlawanan Portugal menentang Hungary berlangsung.
Bintang bola sepak dunia yang berusia 36 tahun itu mengakui bahawa dia berasa ‘meluat’ dengan kerenah anaknya yang menggemari makanan dan minuman ringan sebelum ini, dan meminta peminatnya untuk ‘minum air’ sebagai gantinya.
Dan pengaruh pemain bola sepak terus menjadi tajuk utama apabila pemain bintang pasukan Perancis mengalihkan botol minuman Heineken ketika sidang media selepas perlawanan Perancis menentang Jerman diadakan.
Edisi minuman keluaran Heineken yang bebas alkohol itu telah menaja anugerah Man of the Match yang dimenangi oleh Pogba selepas membantu pasukannya memenangi perlawanan menentang Jerman itu.
Sumber: The Sun
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam