Siakap Keli

Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam

Komputer riba atau laptop sememangnya merupakan peranti yang paling penting untuk golongan pelajar pada masa kini. Mana taknya, semenjak kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus COVID-19, semua sekolah terpaksa ditutup.

Oleh sebab itu, semua pembelajaran terpaksa dilakukan secara online. Nak belajar secara online pun kalau laptop tu laptop lama atau berat ke apa, susah juga. Mak ayah yang nak keluar pergi survey laptop sekarang pun susah sebab PKP ni.

Tapi ni ada berita baik untuk mak ayah yang tengah cari laptop untuk anak-anak belajar kat rumah. Microsoft baru-baru ni ada keluarkan produk laptop terbarunya yang bernama Microsoft Surface Laptop 4.

Laptop ni bukan je sesuai untuk bagi anak-anak belajar kat rumah, orang dewasa pun boleh pakai kalau nak buat kerja.

Microsoft Surface Laptop 4 ni hadir dalam dua saiz. Satu mempunyai saiz skrin 13.5 inci dan satu lagi 15 inci. Yang bagusnya laptop ni sebab dia nipis, ringan dan reka bentuk dia sangat elegan. Lepas tu pula, laptop ni sangat-sangat bagus sebab korang boleh buka lipatan dia tu dengan pakai satu jari pun boleh.

Selain daripada tu, Microsoft Surface Laptop 4 ni dilengkapi dengan sistem audio Dolby surround tau. So, dia punya kualiti audio tu memang tak payah nak persoalkan lagi lah. Kalau nak tengok movie, tak payah pakai speaker wireless pun takpe. Pakai je speaker yang tersiap dekat laptop ni.

Bercakap pasal bateri dia pula, bateri laptop ni mempunyai jangka hayat sehingga 19 jam tau. Dan yang best dia sekali, laptop ni juga turut didatangkan dengan ciri touchscreen. So, senang la. Kalau taknak pakai keyboard, boleh sentuh je skrin.

Beralih pada bab ciri dia pula. Terdapat dua pilihan cip pemprosesan yang boleh dipilih pengguna sebelum beli Microsoft Surface Laptop 4 ni. bagi skrin berukuran 13.5 inci ni, ianya hadir dengan cip pemprosesan Quad Core 11th Gen Intel® Core ™ i5-1135G7 dan Quad Core 11th Intel® Core™ i7-1185G7. Pengguna juga turut boleh memilih cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4680U Mobile Processor yang dilengkapi dengan cip grafik Radeon (6 cores).

Bagi skrin yang berukuran 15 inci pula, ianya hadir dengan cip pemprosesan Quad Core 11th Intel® Core™ i7-1185G7 atau AMD Ryzen 7 4980U Mobile Processor yang dibantu dengan cip grafik Radeon (8 cores).

Laptop keluaran Microsoft ini didatangkan dengan dua warna elegan iaitu Platinum dan Black. Ianya juga turut dilengkapi dengan sistem pengecasan yang pantas dan kalau naik taip pun sangat-sangat selesa sebab butang dia semua cantik je kedudukan dia.

Lagi satu yang special pasal laptop ni, dia didatangkan dengan dua bentuk port. Satu ialah USB-C dan satu lagi USB A.

Menarik kan? Kalau belum cukup menarik untuk korang lagi, ni ha. Microsoft ada buat tawaran best. Kalau korang beli laptop ni, korang berpeluang untuk dapat hadiah percuma yang bernilai RM598 tau. Hadiah yang ditawarkan tu bukan biasa-biasa. Antara hadiahnya ialah Surface Arc Mouse, Elastic Organizer Sleeve dan Riversong Air X5+ True Wireless Stereo Earbuds. Dan untuk Microsoft Office 365 pula, korang cuma perlu bayar RM59 je.

Korang kalau berminat untuk beli aksesori buat laptop ni, korang beli dekat link Shopee ni. Antara aksesori yang korang boleh dapatkan ialah Surface Mobile Mouse dan Surface Pen.

Korang yang berminat untuk berli laptop ni, boleh buat pra-tempahan yang bermula pada 19 Mei 2021 ni sampai 7 Jun 2021 tau.

Aqmal Ezany

I write what is right