Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TRESemmé Malaysia Perkenal The Silk Press, Rawatan Luruskan Rambut Tanpa Haba Tahan Sehingga 100 Jam

Selama bertahun-tahun, TRESemmé Malaysia telah membawakan kepakaran penjagaan rambut profesional ke dalam rutin harian pengguna. Kini, jenama ini melangkah lebih jauh dengan pelancaran TRESemmé Silk Press, rawatan pelurusan rambut tanpa haba pertama daripada TRESemmé yang direka bagi memberikan rambut yang lebih lurus dan selembut sutera.

Wanita suka bereksperimen dengan pelbagai gaya rambut bagi menyerlahkan personaliti dan gaya tersendiri. Namun, mengekalkan gaya tersebut sering memerlukan lebih masa, kos dan usaha, sama ada melalui kunjungan berkala ke salon atau penggunaan alat penggayaan haba secara berulang di rumah. Dengan semakin ramai pengguna mengambil berat tentang kesan penggayaan haba terhadap rambut, TRESemmé Silk Press menawarkan cara lebih lembut dan mudah untuk mendapatkan rambut lurus ala profesional sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Disokong oleh Teknologi Amino Press [20], TRESemmé Silk Press membantu menyusun semula kutikel rambut secara berperingkat bagi meluruskan rambut tanpa memerlukan penggayaan haba. Rutin empat langkah ini memberikan rambut lurus dan selembut sutera selama 100 jam, sekali gus membawakan hasil ala profesional menerusi rutin yang mudah diamalkan di rumah. Dalam kajian pengguna bebas, 96% pengguna bersetuju rambut mereka kelihatan lebih licin dan lebih rapi. Tahap pelurusan rambut meningkat sebanyak 20% dalam minggu pertama, dan seterusnya kepada 35% selepas empat minggu penggunaan.

Pengarah Pemasaran & Perancangan Strategik Pelanggan, Unilever Malaysia, Farhana-Mohd. Nasir berkata, “Di TRESemmé Malaysia, kami percaya rambut merupakan salah satu bentuk ekspresi diri yang penting, dan wanita seharusnya bebas meneroka pelbagai gaya sambil menjaga rambut mereka. Dengan TRESemmé Silk Press, rawatan pelurusan tanpa haba pertama kami, kami membawakan penjagaan rambut profesional ke dalam rutin harian di rumah, sekali gus menjadikan rambut lurus ala profesional lebih mudah dicapai tanpa memerlukan banyak masa atau penggunaan haba.”

Rutin Silk Press bermula dengan Pre-Wash Treatment Ampoule, yang digunakan sekali seminggu selama 15 minit untuk meluruskan rambut, diikuti dengan Smoothing Sulfate-Free Shampoo Seterusnya, Sculpting Hair Mask digunakan untuk membantu mengekalkan penampilan rambut yang licin, sebelum diakhiri dengan Finisher Serum bagi memberikan penampilan rambut yang licin dan rapi. Secara keseluruhannya, rangkaian ini menjadikan penggayaan tanpa haba lebih mudah diterapkan ke dalam rutin mencuci rambut harian.

Menyemarakkan Pengalaman Silk Press

Sempena pelancaran pertama TRESemmé Silk Press di Malaysia, TRESemmé Malaysia telah memperkenalkan The Silk Press Experience di Sunway Pyramid dari 14 hingga 18 Oktober, iaitu pengalaman imersif yang menyatukan sains, kecantikan dan ekspresi diri. Pengunjung berpeluang mengenali teknologi di sebalik Silk Press, meneroka rangkaian produk lengkap serta merasai sendiri hasilnya. Pengalaman ini turut menampilkan stesen Analisis Rambut AI interaktif yang membolehkan mereka menganalisis keadaan rambut serta membayangkan penampilan mereka dengan gaya khas Silk Press.

Menerusi pelancaran ini, TRESemmé Malaysia berhasrat menjadikan gaya rambut lurus ala profesional lebih mudah dicapai dan dikekalkan tanpa memerlukan banyak masa, usaha atau penggayaan haba. Dengan menggabungkan penjagaan dan penggayaan rambut, TRESemmé Silk Press memberikan wanita cara yang lebih mudah untuk mengekalkan gaya tersebut dari keselesaan rumah.

Rangkaian TRESemmé Silk Press merangkumi:

  • Pre-Wash Treatment Ampoule – RM39.90 / 4 x 15ml

  • Smoothing Sulfate-Free Shampoo – RM39.90 / 375ml

  • Sculpting Hair Mask – RM29.90 / 200ml

  • Finisher Serum – RM59.90 / 38ml

Pengguna kini boleh mendapatkan rangkaian TRESemmé Silk Press secara eksklusif di cawangan Watsons Malaysia di seluruh negara serta menerusi platform dalam taliannya.